Jika kau berasa lelah dan tidak berdaya
daripada usaha yang sepertinya sia-sia,
Allah tahu betapa keras engkau sudah berusaha.
Ketika kau sudah menangis sekian lama
dan hatimu masih terasa pedih,
Allah sudah menghitung air matamu.
Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu
dan waktu terasa berlalu begitu sahaja,
Allah sedang menunggu bersama dengan mu.
Ketika kau fikir bahawa kau sudah mencuba segalanya
dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi,
Allah punya jawapannya.
Ketika segala sesuatu menjadi tidak
masuk akal dan kau rasa tertekan,
Allah dapat menenangkan mu.
Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan,
Allah sedang berbisik kepada mu.
Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan
kau berasa ingin mengucap syukur,
Allah telah memberi mu rahmat.
Ketika segala sesuatu yang indah terjadi
dan kau dipenuhi ketakjuban,
Allah telah tersenyum kepada mu.
Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi
dan mimpi untuk digenapi,
Allah sudah membuka matamu dan memanggil mu
dengan nama mu.
Ingat lah bahawa di mana pun kau atau
ke mana pun kau menghadap,
Allah SWT Maha Tahu dan Maha Mendengar.....