SAYANG , SUKA & CINTA... merupakan tiga perkara yang berbeza tapi serupa...
macam mana tu ya?? itu la yang selalu membuat kan kita keliru dengan perasaan sendri... Kadang kala kita keliru sama ada kita suka pada si dia, sayang pada si dia ataupun cinta pada si dia..
Apabila kita cinta seseorang,sudah semestinya kita pun akan sayang dan suka kan dia.. tapi bila kita sayang seseorang, belum tentu kita akan dapat cintakan dia tapi kita suka dia.. kalau kita suka pula, belum tentu cinta dan sayang itu akan wujud..
kadang kala kita juga selalu keliru antara perasaan sayang dan belas kasihan... ni selalunya berlaku bila kawan kita jatuh hati pada kita. masa tu la kita keliru sama ada nak terima atau tak. sesetengah orang dia terima sebab sayang.dan sesetengahnya sebab belas.... aku sendiri pernah rasa macam tu.. aku terpaksa terima kawan aku tu sebab aku kesiankan dia dan aku tak sanggup nak kecewakan dia.. tapi,akhirnya aku cuba juga jelaskan kat dia yang aku hanya sayang dia sebagai seorang kawan, dan tak lebih..
Sayang sebagai kawan.... tu la yang orang selalu keliru kan??? dan tu juga la yang membuatkan kawan kita tu ingat kita sayang dia lebih dari seorang kawan.. erm..memang susah... macam mana la nak bagi semua orang faham tentang perasaan kita? kan bagus kalau doraemon ada alat yang boleh buat orang faham tentang perasaan kita..hehehe(mengarut sudh).
SUKA... kita boleh je suka pada semua orang..kalau tak ada suka,maka wujudlah benci dan menyampah kan? so, suka tu benda yang umum. haha.. bila orang cakap yang dia suka kita,jangan perasan dulu.tanya betul2 dulu. nanti wujud salah faham pulak. so, tanya dulu dia suka macam mana.. kadang2 orang tu nak cakap suka sebagai kwan dan kadang2 orang tu dia tak pandai nak ungkap cinta so dia akan cakap suka kat kita.. so be careful!! jangan tersalah.
erm... SAYANG.. antara rasa yang indah selain cinta. sayang ni wujud bila seseorang tu selalu ambil berat tentang kita dan selalu ada bila kita memerlukan bantuan atau nasihat.. sebab tu la kita sayang kat keluarga kita. keluarga kita selalu ada untuk kita tak kira bila kita susah ataupun senang.. dan..rasa sayang tu pun akan wujud kat kawan kita.. kawan yang selalu ada di sisi kita. maka,wujudlah sayang. macam tu la aku selalu rasa.. aku sayangkan kawan2 aku. aku sayang diorang. dan aku pun sayangkan kawan2 aku yang lelaki,sehinggakan diorang boleh salah anggap. itu la masalah nya. complicated right? erm..
CINTA.. betapa indahnya perasaan itu.sehinggakan boleh membuat kita rasa di awang-awangan. sehingga kan kita mampu menolak segala ego kita. sehinggakan kita boleh membuang segala beban di dada.. tapi,untuk mendapatkan cinta sejati sememangnya sukar.sangat sukar. dan masih ada kah cinta sejati sekarang ni?? namun, sakit dan luka kerana cinta sangat berbisa. sehinggakan ada yang sanggup membunuh diri,tapi itu bukanlah jalan penyelesaiannya. masih ada banyak cara lagi untuk kita atasinya meski pun perit. rasa cinta tu sangat susah untuk diungkapkan. kita tak mampu untuk menjelaskan bagaimana rasa cinta itu. terlalu indah! alangkah bahagia nya bila kita dicintai dan disayangi......
Tanamkan lah rasa SUKA pada semua orang..
SAYANGI lah orang2 yang berada di sekelilimg kita dan yang menyayangi kita...
CINTAI lah pada orang yang tulus mencintai kita. dan.. setialah pada satu CINTA....
No comments:
Post a Comment