Pages

Wednesday 13 March 2013

Pandangan Serong Terhadap Jururawat.

Assalamualaikum...

Hari ni aku nak cakap sikit tentang jururawat.
Ramai yang mempertikaikan kerja seorang jururawat. Sekarang ni terlalu ramai orang yang memandang serong terhadap jururawat dan mengutuk pasal jururawat. memangla ade segelintir jururawat tu bersikap lepas tangan, baran dan tak bertanggungjawab. Tapi kita kena ingat, bukan semua jururawat macam tu. Setiap kali bila ade jururawat yang melkukan kesilapan, habis semua jururawat di kutuk dan di hina sedangkan yang lain nya tak bersalah. Dan kebanyakkannya menyalah kan jururawat kerajaan!

Pernah ke korang fikir pengorbanan seorang jururawat?? Memang la kerja jururawat nampak senang, tapi sebenarnya susah dan sangat rumit! sebab itu la kerja sebagai seorang jururawat memerlukan pengorbanan dan kesabaran yang tinggi.

Cube korang fikir, seorang jururawat selalu merawat pesakit di hospital di sebabkan tugas nya. Tapi belum tentu dia dapat merawat ibu dan ayah dia sendiri di sebabkan terikat dengan tugas. Bila orang lain mampu menjaga ahli keluarga dia yang dalam kesakitan sedangkan jururawat sendiri tak mampu nak menjaga dan merawat ahli keluarga nya demi merawat pesakit di hospital.. Pernah tak korang terfikir pengorbanan jururawat yang shiff malam terpaksa berjaga di hospital dan tinggalkan suami dan anak-anak di rumah semata-mata hendak menjaga pesakit. Cuab kita fikir sejenak. Takkan disebabkan sedikit kesalahan semua jururawat mendapat penangan nya????

Tapi majoriti nya masyarakat tidak faham dengan situasi dan sesetengah tugas jururawat. Aku sendiri banyak pengalaman macam tu.. Antara nya situasi semasa jururawat menyambut kelahiran bayi songsang. Sepatutnya si suami tidak dibenarkan masuk sekiranya anak adalah songsang bagi mengelakkan sebarang kerumitan dan salah faham. Pada masa tu si suami berkeras ingin masuk ke bilik bersalin melihat isterinya tetapi di larang oleh jururawat dan doktor.. Tapi si suami tetap berkeras dan masuk.. Mungkin jika di lihat oleh masyarakat biasa, keadaan menyambut kelahiran bayi songsang tu adalah kasar dan seperti tidak mempunyai belas. Tapi itu lah yang sepatutnya di lakukan demi menyelamatkan si anak dan ibU! Jadi si suami pun masuk dan terus mengamuk dan mencampak gaun yang di pakai di bilik bersalin ke lantai sambil teriak. "kenapa isteri saya menangis dan menjerit sampai macam tu sekali??", "kenapa awak tarik kaki anak saya macam tu??", "Kenapa ramai sangat orang dalam bilik ni??".. Si suami teriak dengan kuat sehinggakan mengganggu jururawat dan doktor. "Get out from this room now!" teriak seorang doktor pakar dan si suami di bawa keluar oleh jururawat. si suami tak tahu orang ramai yang berada di bilik itu adalah doktor2 dan jururawat2 yang bersedia sekiranya berlaku kecemasan kerana bayi songsang berisiko mati dalam kandungan! Memang jika di lihat situasi nya seperti kejam, tapi itu la sebenarnya yang sepatutnya di lakukan bagi menyelamatkan kedua-dua nya.

Bila ada orang yang tengok situasi macam tu, mula la kate jururawat kasar la, kejam la, xde belas  kasihan la. sedangkan mereka tak faham situasi yang sebenarnya. huh! rasa nya dah banyak sangat yang aku ceritakan ni.. o ya, kepada sesiapa yang memandang serong kepada semua jururawat, itu adalah hak anda masing2 tapi ingat la kita di beri akal fikiran untuk berfikir dan bukannya bertindak tanpa berfikir.. Yang mengutuk tu pun dpat dosa gak....

peace!! =D


Tuesday 20 November 2012

Fakta tentang masalah kurang berat badan

Gejala kurang berat badan

1) Keletihan – Sentiasa mengalami keletihan berpanjangan walaupun mendapat tidur yang secukupnya.

 2)Kurang stamina – anda akan kelihatan tidak bermaya serta cepat penat walaupunmelakukan kerja yang ringan. 

3)Kurang imunisasi badan – mudah dijangkiti penyakit seperti mudah demam , selesema , sering mengalami sakit kepala dan berasa lemah badan. 

4)Kurang berat badan – mengalami kekusutan berat badan secara mendadak walaupun berselera untuk makan.



Faktor Kurang Berat



Metabolisme yang tinggi (Metabolic disorder)
---------------------------------------------------
Seseorang yang mempunyai kadar metabolisme yang tinggi akan menyebabkan berlakunya kekurangan berat badan. Ini disebabkan oleh kesan daripada Hyperthyroidism. Komplikasi ini mungkin terjadi secara semula jadi atau disebabkan komplikasi daripada penyakit-penyakit lain.

Ubat-ubatan
--------------
Pengambilan ubat-ubatan juga menjadi punca berlakunya kurangnya berat badan. Ubat-ubatan ini tidak termasuk dengan ubat yang dicipta untuk menjadi kurus. Elakkan daripada mengambil ubat yang mengandungi stimulan. Ambil hanya jika perlu sahaja.

Penyakit kronik (sama ada didiagnosis atau belum)
---------------------------------------------------
Bagi sesiapa yang mempunyai penyakit-penyakit kronik, anda berpeluang untuk mempunyai berat badan yang kurang. Antara penyakit kronik yang boleh menyebabkan berlakunya kurang berat badan adalah Tuberculosis, sakit jantung, keradangan (pada sistem pencernaan), penyakit pada organ pencernaan, mempunyai parasit dalam pencernaan dalam badan, HIV atau AIDS.\
Masalah Psikologi
Dari segi psikologi, mereka yang kurang berat badan mungkin menghidapi bulimia iaitu mengeluarkan semula makanan yang telah diambil dengan apa cara jua sekalipun. Manakala, kurangnya berat badan boleh terjadi disebabkan anda mengalami anoreksia iaitu gejala kurang nafsu atau kurang berselera pada makanan kerana masalah psikologi. Tekanan perasaan atau stres juga boleh menyebabkan penyusutan berat badan sehingga berat badan menjadi susut secara mendadak.

Gaya Hidup
--------------
Lihat pada gaya hidup anda. Jika anda seorang yang malas atau kurang melakukan senaman berat, anda berpotensi tinggi untuk mengalami masalah kurang berat badan. Selain itu, kemiskinan menjadi punca kekura ngan berat badan kerana kandungan zat yang rendah dalam tubuh badan.
Gaya pemakanan yang tidak sihat dan seimbang turut membawa kepada kurangnya berat badan, antaranya makan tidak mengikut waktu dan kurang mengambil maka nan yang berkalori. Selain itu, tabiat merokok kalangan lelaki juga menyebabkan masalah ini berlaku.

Kandungan nikotin dalam rokok menjadikan tahap kelaparan ber kurangan dan menyebabkan anda menjadi ketagih untuk merokok seterusnya tidak berselera untuk makan.

Faktor Genetik
------------------
Kekurangan berat badan juga boleh diwarisi. Ada sesetengah individu mewarisi saiz daripada keturunan mereka. Berdasarkan faktor genetik, usaha untuk menambah berat badan perlu dilipat gandakan. Bagi anda yang kurang berat badan, tetapi mewarisi masalah perut buncit daripada keturunan, anda perlu berhati-hati akan risiko terhadap penyakit-penyakit lain.
 

Friday 16 November 2012

SOMETIMES WHEN I SAY "OH I'M FINE",
I WANT SOMEONE TO LOOK ME IN THE EYES AND SAY....
"TELL THE TRUTH!"

Friday 5 October 2012

Clinical Experience at PP General Hospital!!

Akhirnya hbs gak sesi pembelajaran dalam kelas.. so skrg aq start kje kat hospital PP. Dah la start kje ms time exam mid sem plak tu. serabut gle.. tp kje skrg ni ok la..

Macam2 prosedur yg aq dh buat.. hahaha spe2 yg rs2 mcm nk kne inject dgn aq, meh sni! cuci luka pun bole.. dan mcm2 kerenah pesakit yg kne layan.. xpe la nak wat mcm mana klu tu dh mmg tugas aq..

Tp, hari ni aq tersentuh skit sbab ade sorg uncle ni umur die 82 tahun.. istri die dh mninggal dah n dia ade 8 org ank tp smua bljar luar ngra. so skrg die sorg2 je.. td die mcm dh hlg waras sikit. dia ingat pesakit yang dekat dgn katil die tu istri dia.. bukn main lagi die jaga pesakit tu, dh la pesakit tu lelaki.. bila aq suruh die duduk, dia menangis. dia ingatkan aq nak pisahkan dia dgn isteri dia.. bersungguh gle dia mnangis.. aq gak yg kne pujuk die.. sedih aq tgok dia..

huh! masih lme lagi aq kne kje... x sabar nak balik.... =(

Wednesday 15 August 2012

Subcutaneous Injection!!

Hari ni aq nak share ttg pengalaman aq yg mmg aq x sgka yg aq akan buat benda ni... iaitu bg injection kat manusia dan bukn ptung!! kwan2 aq pun belum buat kat manusia,tp aq plak dh buat...

huh! masa 13/8/2012 (selasa) hari tu ade Supervise Experience (SE) kat Penang General Hospital. Time tu kbetulan plak ktorg bru bljr injection n ade 1 subcutaneous injection (heparin) kat ward C8 tu.. Mmg mle2 rs takut sgt.. ms nk bg injection tu,dlm hti aq tnye dri aq sndri "btul ke aq nak buat kat org btul ni?" Time tu mmg mcm2 yg aq fkir.. budk group aq plak berkerumun tgok...

tp Alhamdulillah.... akhirnya aq buat gak! hahaha.. so, aq cter skit step die (ala kdr je eh,mls nk taip pnjg2)...=D

Firstly, prepare alat injection dlu...

Ni antara pelatannya.....


Lps tu kne la plih jenis syringe ikut dos ubat yg dperlukan..


Next, Kne plih saiz needle yg ssuai...

Dan ubat.... HEPARIN


Kemudian msukkan ubat tadi (HEPARIN) dalam syringe..



Then masukkan syringe td dalam kidney dish n bwa kpd patient..



Untk subcutaneous injection, kte kne pcit bhgian yg berkenaan suapaya dapt bg injection di lpisan lemak pd 45 atau 90 darjah..

Dannn...ape lg, bg injection la..


HAaaaa ni la yg aq buat.. so kpd ssiapa yg nak aq bg injection kat die, mai la sni! hehehehe =D

Kad Raya Untuk Cik Asmah

Sempena Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2012 ni, kami wakil daripada kumpulan 1/2012 (KKPP) kena buat kad raya untuk tutor..so aq n roomate aq buat untk cik Asmah..

Erm...kad ni x la cantik mn pun,biase2 je..asalkan ktorg mmg bersungguh2 nk bg kat cik Asmah... Cik Asmah dah bnyk tolong ktorg..die la yg mle2 ajar kmi Anatomy & Physiology.. Die la yg ajr psl cell, psl musculoskeletal, n mcm2 lg..

so...ni la kad raya nya..=D

Ni Masa mle2 buat =D


Ni mke depan kad raya ktorg! haha

Ni bhgian dalam...

Tadaaaaa...=D



sekarag gambr aq n roomate aq plak...hehehe


That's Me!!!


hehehe sje2 je

Fit, Teha & Zati





Ckup smpai tu je lah..hehe
x perlukan tnjuk lbih2.. smpai sni je...
sekian...=D

Saturday 11 August 2012

Yummy!!!!

Assalamualikum...
Hari ni aku nak perkenalkan antara makanan kegemaran aq!!

First... CREAM PUFF! 

Sedaaapp kannn....
Sekali tengok pun dah terliur.. mmg sedap sangat cream puff ni.. tapi susah gak nak cari cream puff ni.. tapi nasib baik la aq jumpa kat Bazaar ramadhan kat Penang ni... hihihi


Cream Puff...

Salah satu sebab aku suka cream puff ni sebab roti dia tak terlalu padat so memang tak muak la bila makan cream puff ni.. makan banyak pun tak rasa muak... cream puff ni memang lembut..




Second.... CUP CAKES!

Cup cake!!!!!

Waaaaa.... sedap kan! Sedaaaappp sangat2! 
Aku memang pantang kalau nampak cup cake ni!
Aku suka sangat makan cup cake.. roti dia memang lembut dan cream dia sedap sangat.. 
Dan aku paling suka design yang ada kat cup cake. comel sangat!

Haaaa kepada sesiapa yang tak pernah makan CREAM PUFF & CUP CAKE ni, cuba lah.. 
sedap tau.. rugi sape yang tak makan...hehe