Pages

Tuesday 29 November 2011

CINTA?? SAYANG?? SUKA??

SAYANG , SUKA & CINTA... merupakan tiga perkara yang berbeza tapi serupa...
macam mana tu ya?? itu la yang selalu membuat kan kita keliru dengan perasaan sendri... Kadang kala kita keliru sama ada kita suka pada si dia, sayang pada si dia ataupun cinta pada si dia..
Apabila kita cinta seseorang,sudah semestinya kita pun akan sayang dan suka kan dia.. tapi bila kita sayang seseorang, belum tentu kita akan dapat cintakan dia tapi kita suka dia.. kalau kita suka pula, belum tentu cinta dan sayang itu akan wujud..
kadang kala kita juga selalu keliru antara perasaan sayang dan belas kasihan... ni selalunya berlaku bila kawan kita jatuh hati pada kita. masa tu la kita keliru sama ada nak terima atau tak. sesetengah orang dia terima sebab sayang.dan sesetengahnya sebab belas.... aku sendiri pernah rasa macam tu.. aku terpaksa terima kawan aku tu sebab aku kesiankan dia dan aku tak sanggup nak kecewakan dia.. tapi,akhirnya aku cuba juga jelaskan kat dia yang aku hanya sayang dia sebagai seorang kawan, dan tak lebih..
Sayang sebagai kawan.... tu la yang orang selalu keliru kan??? dan tu juga la yang membuatkan kawan kita tu ingat kita sayang dia lebih dari seorang kawan.. erm..memang susah... macam mana la nak bagi semua orang faham tentang perasaan kita? kan bagus kalau doraemon ada alat yang boleh buat orang faham tentang perasaan kita..hehehe(mengarut sudh).
SUKA... kita boleh je suka pada semua orang..kalau tak ada suka,maka wujudlah benci dan menyampah kan? so, suka tu benda yang umum. haha.. bila orang cakap yang dia suka kita,jangan perasan dulu.tanya betul2 dulu. nanti wujud salah faham pulak. so, tanya dulu dia suka macam mana.. kadang2 orang tu nak cakap suka sebagai kwan dan kadang2 orang tu dia tak pandai nak ungkap cinta so dia akan cakap suka kat kita.. so be careful!! jangan tersalah.
erm... SAYANG.. antara rasa yang indah selain cinta. sayang ni wujud bila seseorang tu selalu ambil berat tentang kita dan selalu ada bila kita memerlukan bantuan atau nasihat.. sebab tu la kita sayang kat keluarga kita. keluarga kita selalu ada untuk kita tak kira bila kita susah ataupun senang.. dan..rasa sayang tu pun akan wujud kat kawan kita.. kawan yang selalu ada di sisi kita. maka,wujudlah sayang. macam tu la aku selalu rasa.. aku sayangkan kawan2 aku. aku sayang diorang. dan aku pun sayangkan kawan2 aku yang lelaki,sehinggakan diorang boleh salah anggap. itu la masalah nya. complicated right? erm..
 CINTA.. betapa indahnya perasaan itu.sehinggakan boleh membuat kita rasa di awang-awangan. sehingga kan kita mampu menolak segala ego kita. sehinggakan kita boleh membuang segala beban di dada.. tapi,untuk mendapatkan cinta sejati sememangnya sukar.sangat sukar. dan masih ada kah cinta sejati sekarang ni?? namun, sakit dan luka kerana cinta sangat berbisa. sehinggakan ada yang sanggup membunuh diri,tapi itu bukanlah jalan penyelesaiannya. masih ada banyak cara lagi untuk kita atasinya meski pun perit. rasa cinta tu sangat susah untuk diungkapkan. kita tak mampu untuk menjelaskan bagaimana rasa cinta itu. terlalu indah! alangkah bahagia nya bila kita dicintai dan disayangi......

Tanamkan lah rasa SUKA pada semua orang..
SAYANGI lah orang2 yang berada di sekelilimg kita dan yang menyayangi kita...
CINTAI lah pada orang yang tulus mencintai kita. dan.. setialah pada satu CINTA....

Monday 28 November 2011

Mr Macho.. ( My idol - SRK )


Haaaaa... This is my idol!! yeah..
SRK, seorg yang tanpan, macho. rajin, bekerja kers dan.....power tu.
kenapa aku cakap dia rajin dan bekerja keras?? sebab, dia seboleh-boleh nya nak habis kan masa dia untuk bekerja,bekerja dan bekerja.. tu la die.. tapi satu je sifat buruk dia,iaitu dia ni kuat merokok.rokok mesti ada kat tangan dia 24 jam.. ermmm.bahaya tu.
hehehe
tau tak, sebenarnya dulu dia pernah melamar aku.tapi aku tolak lamaran dia sebab aku nak study lagi (kononnya la) hehe... tp seriously! klu dia lamar aku, confirm aku terima dia! tanpa rundingan! walau pun aku terpaksa bermadu..haha
kalau demi dia, aku sanggup bermadu..tapi kalau dengan lelaki lain, huh! sory la, memang aku tak nak bermadu... hanya untuk SRK je..hehe
Ggggrrrrrr... dh mngarut pulak aku ni..tapi dia memang macho kan? SRK ni lain sikit. dia semakin meningkat usia, semakin macho.. tu yang power tu..
erm...tapi ade ke orang yang tak suka SRK? kalau ada, siapa la tu ya??? erm.. rasanya tak ada kot..
dan kenyataannya! SRK TERBAEKKKKKK... hehe
p/s : macho tuh!

My Beloved Brother (Ahmad Shahrizal - Ijal)


Haaaaa.. ni la adik kesayangan aku! erm, dia ni boleh diketegorikan sebagai anak yang manja dan seorang lelaki yg sangat pemalu! huh! dengan awek sendiri pun malu2. tp biasa la tu, malu tapi mahu...hehe
Adik aku ni agak krs kpala dan pns baran gak.. tapi, walaupun dia mcm tu,dia ttp sayangkan keluarga dia. Dia merupakan seorang yang periang, mulut becok (kdg2 tu mcm prmpuan), kelakar dan pandai mencuit hati org lain..
erm, yg peliknya, dia ramai peminat..knp ea??? pelik gak. Tapi aku seronok bl dengan adik aku.. haha. Ceria hidup aku dibuat nya... bl dia tak ada, mmg hidup aku rs sunyi je..
erm... walau apu pun adik aku mmg TERBAEEEEKKK!!!!!

My Lovely Friend.. ( Nini Nasriyanti Binti Anas )

Dia la Nini Nasriyanti bt Anas atau pun lbh dikenali sbgai As.. Dia merupakan seorg yng pering, ceria setiap masa, penyayang, menghargai org lain, sgt mengambil brt ttg kawan2 dia, pandai bahagikan antra maslh peribadi dan pelajaran dan yg paling penting dia SAYANG kan aku...
Setiap saat bl brsama dia mmbuatkan aku rasa disayangi. Dia mmpu mmbuat aku ketawa di saat duka. Dia mmpu tenangkan hatiku di saat gundah. Dia mmpu melenyap kn segala mslah ku ketika duka melanda. Dia mmpu membuat aku tabah menghadapi dugaan. Dia mampu menanamkan sifat cintakan ilmu didada ku. Dan dia mmpu membuat aku tersenyum di setiap waktu..
Begitu hebatnya dia! sehinggakan aku takut kehilangannya.. Dia sentiasa bersama ku di saat aku sedih, duka, takut, risau dan gembira.. Dia ada di mn2 di sudut hati aku. Dia sllu ada di saat aku memerlukan bahu untuk aku melepaskan kesedihanku. Begitu hebatnya dia...
hahaha... pertemuan kami pada awalnya gak kelakar, sebab pada awalnya dia memandang aku dan berkata "eeeee sombongnya budak perempuan tu!" Namun, perempuan yg dikatakan sombong ini akhirnya menjadi sahabatnya...
Betapa beruntungnya aku dapat bertemu dengannya... Kini, kami akan terpisah oleh jarak dan waktu. Hanya satu harapan ku.. Aku berharap hubungan persahabatan ini akan kekal berpanjangan walau apa pun yang terjadi...
I love You As....