Pages

Wednesday 13 March 2013

Pandangan Serong Terhadap Jururawat.

Assalamualaikum...

Hari ni aku nak cakap sikit tentang jururawat.
Ramai yang mempertikaikan kerja seorang jururawat. Sekarang ni terlalu ramai orang yang memandang serong terhadap jururawat dan mengutuk pasal jururawat. memangla ade segelintir jururawat tu bersikap lepas tangan, baran dan tak bertanggungjawab. Tapi kita kena ingat, bukan semua jururawat macam tu. Setiap kali bila ade jururawat yang melkukan kesilapan, habis semua jururawat di kutuk dan di hina sedangkan yang lain nya tak bersalah. Dan kebanyakkannya menyalah kan jururawat kerajaan!

Pernah ke korang fikir pengorbanan seorang jururawat?? Memang la kerja jururawat nampak senang, tapi sebenarnya susah dan sangat rumit! sebab itu la kerja sebagai seorang jururawat memerlukan pengorbanan dan kesabaran yang tinggi.

Cube korang fikir, seorang jururawat selalu merawat pesakit di hospital di sebabkan tugas nya. Tapi belum tentu dia dapat merawat ibu dan ayah dia sendiri di sebabkan terikat dengan tugas. Bila orang lain mampu menjaga ahli keluarga dia yang dalam kesakitan sedangkan jururawat sendiri tak mampu nak menjaga dan merawat ahli keluarga nya demi merawat pesakit di hospital.. Pernah tak korang terfikir pengorbanan jururawat yang shiff malam terpaksa berjaga di hospital dan tinggalkan suami dan anak-anak di rumah semata-mata hendak menjaga pesakit. Cuab kita fikir sejenak. Takkan disebabkan sedikit kesalahan semua jururawat mendapat penangan nya????

Tapi majoriti nya masyarakat tidak faham dengan situasi dan sesetengah tugas jururawat. Aku sendiri banyak pengalaman macam tu.. Antara nya situasi semasa jururawat menyambut kelahiran bayi songsang. Sepatutnya si suami tidak dibenarkan masuk sekiranya anak adalah songsang bagi mengelakkan sebarang kerumitan dan salah faham. Pada masa tu si suami berkeras ingin masuk ke bilik bersalin melihat isterinya tetapi di larang oleh jururawat dan doktor.. Tapi si suami tetap berkeras dan masuk.. Mungkin jika di lihat oleh masyarakat biasa, keadaan menyambut kelahiran bayi songsang tu adalah kasar dan seperti tidak mempunyai belas. Tapi itu lah yang sepatutnya di lakukan demi menyelamatkan si anak dan ibU! Jadi si suami pun masuk dan terus mengamuk dan mencampak gaun yang di pakai di bilik bersalin ke lantai sambil teriak. "kenapa isteri saya menangis dan menjerit sampai macam tu sekali??", "kenapa awak tarik kaki anak saya macam tu??", "Kenapa ramai sangat orang dalam bilik ni??".. Si suami teriak dengan kuat sehinggakan mengganggu jururawat dan doktor. "Get out from this room now!" teriak seorang doktor pakar dan si suami di bawa keluar oleh jururawat. si suami tak tahu orang ramai yang berada di bilik itu adalah doktor2 dan jururawat2 yang bersedia sekiranya berlaku kecemasan kerana bayi songsang berisiko mati dalam kandungan! Memang jika di lihat situasi nya seperti kejam, tapi itu la sebenarnya yang sepatutnya di lakukan bagi menyelamatkan kedua-dua nya.

Bila ada orang yang tengok situasi macam tu, mula la kate jururawat kasar la, kejam la, xde belas  kasihan la. sedangkan mereka tak faham situasi yang sebenarnya. huh! rasa nya dah banyak sangat yang aku ceritakan ni.. o ya, kepada sesiapa yang memandang serong kepada semua jururawat, itu adalah hak anda masing2 tapi ingat la kita di beri akal fikiran untuk berfikir dan bukannya bertindak tanpa berfikir.. Yang mengutuk tu pun dpat dosa gak....

peace!! =D


No comments:

Post a Comment